Infolinks In Text Ads

Sistem Perbankan Konvensional

1. Sistem perbankan konvensional berlandaskan prinsip komersial, yaitu menitikberatkan “keuntungan dan kecekapan” tanpa unsur dan nilai kesusilaan agama.

2. Sistem perbankan ini diamalkan oleh hampir semua negara dunia ini termasuk Malaysia.

3. Bank dan institusi keuangan komersial berparanan nnempertemukan dua pihak:
(a) pihak penyimpan yang mempunyai dana uang lebihan yang tidak digunakan
(b) pihak pelabur yang menghadapi kekurangan dana uang untuk dilaburkan.

4. Uang daripada pihak penyimpan disalurkan sebagai pinjaman kepada pihak penyimpan. Perbedaan antara faedah ditrima dan dibayar merupakan keuntungannya.

Ciri-ciri perbankan konvensional
1. Membayar kadar faedah atas deposit daripada penyimpan. Bank konvensional menyediakan akaun simpanan tetap dan akaun simpanan untuk mengumpulkan deposit daripada para penyimpan dengan cara membayar faedah.

2. Mengenakan faedah atas pinjaman yang dberi kepada si peminjam atau pelabur. Bank konvensional memberi kredit kepada pelabur dalam bentuk pinjaman dan overdraf dengan mengenakan faedah.

3. Bank konvensional mengamalkan prinsip keuntungen maksimum dalam pelaburannya, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Bidang pelaburan yang boleh dilakukan amat luas, merangkumi perhotelan, hiburan, anjuran pertunjukan fesyen, aktiviti mengadu nasib seperti kasino, rafe, jakpot roulete serta jualan semua jenis barang termasuk minuman keras dan makan yang tidak dihalalkan olek Islam.

4. Bank konvensional kurang menitikberatkan unsur spiritual atau keagamaan dalam operasinya. Walau bagaimanapun, bank konvensional turut menjalankan tanggungjawab sosial, seperti memberi sumbangan kepada pembinaan hospital, masjid, rumah orang cacat atau pemeliharaan alam.

0 comments:

Posting Komentar